WASHINGTON – Seorang wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) , Alexandria Ocasio-Cortez mencadangkan semalam supaya kerajaan AS membayar rakyatnya untuk duduk di rumah bagi membendung penularan koronavirus, lapor saluran berita Foxnews.
“Bagi mengawal virus Covid-19, kita perlu membayar orang ramai supaya mereka kekal di rumah,” katanya dalam paparan di laman Twitter.
Setakat ini , pejabat Ocasio-Cortez’s belum memberi penjelasan lanjut berhubung apa yang dimaksudkan oleh wakil rakyat Parti Demokrat tersebut , sama ada imbuhan itu terkandung dalam pakej Covid-19 atau ia melibatkan pembayaran langsung yang lain.
Seorang lagi wakil rakyat Parti Demokrat, Ilhan Omar pula mempunyai cadangan lain.
“Kita perlu memberikan cek kepada setiap warga AS sehingga krisis Covid-19 berakhir,” katanya.
Pada Rabu lalu, Ocasio-Cortez membidas wakil-wakil rayat Parti Republikan kerana gagal mencapai kata sepakat dengan Parti Demokrat berhubung bantuan koronavirus. – Agensi.