fbpx

Tangkapan rasuah meningkat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin

PUTRAJAYA – Tangkapan membabitkan kesalahan rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kedudukan sepanjang tahun lalu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 1,101 kes tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lalu iaitu meningkat 23.2 peratus pada 2019 berbanding 2018.

Beliau berkata, sebanyak 448 kes tangkapan direkodkan bagi kesalahan memberi rasuah iaitu meningkat 79 peratus diikuti tuntutan palsu 35.8 peratus.

“Manakala, tangkapan bagi salah guna kedudukan dan lain-lain kesalahan masing-masing menunjukkan penurunan pada kadar 24.7 peratus dan 9.8 peratus,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, sebanyak 315 tangkapan membabitkan kesalahan tuntutan palsu, memberi rasuah (222 kes), salah guna kedudukan (70 kes) dan lain-lain kesalahan (46 kes).

Dalam pada itu, katanya, bilangan tangkapan tertinggi yang diperoleh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkaitan perairan mengikut akta terpilih adalah 994 tangkapan pada tahun lalu.

Menurutnya, tangkapan itu membabitkan 603 kes mengikut Akta Perikanan 1985 diikuti Akta Imigresen 1959/63 (167 kes), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (132 kes) dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (94 kes).

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, sebanyak 419 kes saman pelepasan asap hitam dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang tahun lalu.

“Sebanyak 324 saman dikeluarkan kepada lori, trak ringan (55 saman), kereta atau van (23 saman) dan bas (17 saman),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI