fbpx

SPRM buka kertas siasatan isu KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung beberapa isu melibatkan KFA.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan awal berhubung beberapa isu melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seperti didedahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, kertas siasatan itu dibuka bagi mengesahkan beberapa maklumat diterima pihaknya sebelum ini.

“Kita sebenarnya telah melakukan tindakan awal dan semalam ada satu laporan diterima berupa maklumat yang disampaikan oleh Pemuda Pas Negeri.

“Siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu dan tentunya kami akan menilai terlebih dulu jika wujud sebarang kesalahan di bawah akta melibatkan bidang kuasa SPRM,” katanya di Alor Setar semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd. Firdaus Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa lalu mendedahkan beberapa isu melibatkan pengurusan terdahulu KFA.

Antara isu didedahkan Mohd. Firdaus termasuklah jumlah sebenar kutipan tabung Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkaitan perpindahan Akhyar Rashid ke JDT, penajaan pasukan serta pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebagai reaksi kepada pendedahan tersebut, bekas Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris kemudiannya mencabar mana-mana pihak termasuk Presiden KFA ketika ini, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu Shaharom Nizam berkata, setakat ini belum ada saksi dipanggil berhubung perkara tersebut.

“Segalanya masih di peringkat awal dan saya harap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI