fbpx

Sharnaaz selamat jalani pembedahan sinus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz ahmad

PETALING JAYA – Pelakon dan usawahan Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia selamat menjalani pembedahan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara semalam.

Berita tersebut dikongsi pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,35, menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam Instagram.

Tangkap layar video yang dmuat naik Sharnaaz dalam Instagramnya semalam.

Dalam video tersebut, kelihatan cecair darah masih mengalir keluar dari hidungnya yang dipercayai kesan daripada pembedahan tersebut.

“Buat yang bertanya tentang saya, semuanya okey dan baru selesai jalani pembedahan sinus.

“Minta maaf kalau bersepah sikit (berdarah). Saya pun tidak boleh cakap lama sebab lebih banyak darah akan keluar.

“Sinus ada banyak jenis, saya punya sudah hilang, memang sakit rasanya sebab sudah dibuang semuanya,” kongsinya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang risaukan tentang dirinya.

“Saya sayang semua dan kepada yang risau tentang saya, insya-Allah jururawat di sini jaga saya dengan elok,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI