fbpx

Polis buru suspek tikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita parah ditikam suami di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang pada pagi kelmarin.

BALING – Polis masih memburu seorang lelaki yang dipercayai menikam isterinya sehingga parah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek berusia 33 tahun dipercayai menikam isterinya berusia 36 tahun di perut sebelah kiri.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek yang juga penganggur marah dengan tindakan mangsa bekerja di sebuah kilang di Kulim dekat sini tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, suspek sedang diburu bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pekerja kilang parah ditikam suami dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun bertengkar dengan suaminya yang berada di luar rumah.

Suspek menendang pintu dapur dan meluru masuk ke dalam rumah sebelum masuk ke dalam bilik isterinya dengan memegang pisau sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Mangsa yang ditikam sebanyak dua kali di perut sebelah kiri sedalam tiga sentimeter kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

Wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI