fbpx

Pogba berdepan saat sukar dalam karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA gagal memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan menyebabkan Solskjaer memilih meletakkannya di bangku simpanan. – AFP

PARIS – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba me­ngakui bahawa musim ini adalah tempoh yang sukar dalam ka­riernya bersama kelab itu kecuali aksi antarabangsa memberikannya sedikit kelegaan.

Bintang Perancis itu menyertai skuad kebangsaan ketika dia kurang mendapat minit perlawanan selepas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer lebih mengemar menurunkan Fred dan Scott McTominay untuk membantu Bruno Fernandes.

“Saya tidak pernah mengalami situasi yang sukar dalam karier. Aksi bersama Perancis memberikan saya sedikit kelegaan, ini adalah pasukan yang menakjubkan,” katanya.

Sebelum aksi antarabangsa berlangsung, Pogba disisihkan dalam dua perlawanan iaitu ketika tewas menentang Istanbul Basaksehir dan kemenangan menentang Everton di Goodison Park.

Bagaimanapun, Pogba diturunkan dalam dua aksi bersama Les Bleus iaitu ketika mereka tewas pada aksi persahabatan menentang Finland dan ketika mereka meraih kemenangan menentang Portugal.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui bahawa pemain berusia 27 tahun itu tidak berada pada prestasi terbaik dan apa yang diberikan bersama United bukanlah kemampuannya yang sebenar.

“Dia tidak berada pada prestasi terbaik, dia melalui satu tempoh yang sukar dalam kariernya.

“Mana-mana pemain yang berdepan kesukaran bersama kelab akan terjejas dari segi ­mental.

“Saya tidak mahu mengatakannya tetapi saya fikir dia tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan bersama kelabnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI