fbpx

Jangan terlibat sindiket tapak perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNUAR Musa beramah mesra dengan peniaga selepas majlis penyerahan lesen perniagaan kepada Usahawan Muda Kota Wilayah Persekutuan Putrajaya di Tapak Food Truck Presint 14, di sini, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Golongan peniaga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sindiket atau orang tengah yang menguruskan tapak perniagaan di bawah skim Wilayah Bebas Berniaga (WBB),

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menerima maklumat ada pihak yang ingin menjadi orang tengah bagi mengambil alih kawasan perniagaan tertentu dengan mengutip sejumlah bayaran daripada peniaga.

Beliau berkata, ada dalam kalangan orang tengah itu yang berebut kawasan dan ingin memonopoli kawasan perniagaan terbabit.

“Jadi, kita nasihatkan peniaga yang baru memulakan perniagaan supaya berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk membuka perniagaan di kawasan yang diluluskan” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan lesen sementara kios kepada usahawan muda terpilih di Tapak Dataran Niaga Belia Putrajaya di Presint 16.

Pada program itu, seramai 41 usahawan muda terpilih menerima tawaran dan pengecualian bayaran sewa sebanyak RM150 bagi tempoh enam bulan pertama operasi.

Turut hadir, Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar.

Annuar berkata, KWP telah menyediakan 96 tapak ruang niaga bagi membantu warga Putrajaya terutama sekali golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Katanya, program yang dibangunkan di bawah Cakna Keusahawanan itu merupakan Inisiatif Pembangunan Ekonomi Pasca Covid-19 bagi membantu anak-anak belia kota yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Ruang niaga berkenaan adalah di Kompleks Kejiranan Presint 5,14 dan 18, Dataran Gemilang Presint 4, Laman Duta Presint 14, Kios Medan Selera Baharu Presint 8 dan beberapa ruang niaga (gerai) di Kompleks Kejiranan,” jelasnya.

Menurutnya, sejak diumumkan pada 7 Julai lalu, program itu telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada warga Wilayah Persekutuan terutama sekali daripada golongan belia.

“Setakat ini lebih 1,000 usahawan muda di Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menyertai program ini dan kita menyasarkan 2,000 peserta pada tahun depan.

Menurut beliau, bagi memastikan usahawan muda itu berjaya, pihaknya skan membantu dan mengenal pasti tapak untuk mereka memulakan perniagaan.

“Saya mengingatkan kepada usahawan yang berniaga supaya mematuhi operasi standard prosedur (SOP), tidak menghalang lalu lintas dan tidak berniaga di kawsan parkir kenderaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI