fbpx

Pekerja asing diwajibkan ujian calitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan ujian calitan jenis RTK Antigen ke atas semua pekerja warga asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan di semua sektor industri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia mencadangkan untuk mewajibkan swab test kepada semua pekerja warga asing di negeri terbabit.

“Setakat 31 Oktober, seramai 1,615,834 pekerja warga asing aktif di negara dan negeri-negeri seperti yang dinyatakan mempunyai banyak kawasan perindustrian serta bilangan pekerja yang ramai.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) swab test jenis RTK Antigen diwajibkan ke atas mereka bagi mengurangkan risiko keberjangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka,” katanya menerusi satu sidang akhbar melalui Facebook Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Jelasnya, bagi pekerja yang mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kos ujian saringan ditanggung bersama pihak majikan serta Perkeso manakala yang tidak mencarum akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI