fbpx

Mir sedia berentap bersama Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengakui bahawa kejuaraan dunia memberinya lebih keyakinan untuk berentap menentang Marquez musim depan. – AFP

LONDON – Juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir mengakui bahawa dia tidak takut bersaing dengan juara dunia lapan kali, Marc Marquez musim depan dan menjadikan Valentino Rossi selaku ido­la­nya.

Pelumba Suzuki tersebut me­lakukan kejutan musim ini apabila sah muncul juara dunia buat kali pertama meskipun sekadar meraih satu kemenangan pada musim ini sahaja.

“Sejujurnya saya tidak gentar untuk bersaing dengan Marquez musim depan. Sebab itulah saya berada di sini untuk merangkul gelaran dunia 2020. Saya akui Marquez antara individu yang sering mencetak nama selaku juara dan saya menjadi sebahagian daripada pesaingan tersebut.

“Sebelum merangkul gelaran dunia ini saya telah sudah memikir cabaran yang saya akan hadapi pada musim depan iaitu bersaing dengan Marquez.

“Pasukan mempamerkan pe­ningkatan yang baik terutama dari segi jentera yang lebih stabil dan konsisten di semua litar. Justeru, saya yakin mampu melakukan terbaik sekali lagi meskipun Marquez kembali memberi tentangan.

Meskipun kedua-dua pelumba berkenaan dari Sepanyol, Mir mengakui karakter dia berbeza dengan Marqeuz dan menjadikan Rossi sebagai inspirasi.

“Individu yang menjadi perhatian saya adalah Rossi. Bukan saya ingin menjadi seperti Rossi tetapi gaya tunggangannya se­perti saya. Antara pelumba lain yang saya kagumi adalah Andrea Dovizioso.

“Memang benar saya tidak mempunyai karakter seperti Marquez. Musim depan akan menjadi perlumbaan menarik untuk disaksikan dan saya bersedia untuk memberi cabaran,” tambah Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI