fbpx

Mayat petani ditemui tersangkut pada tunggul kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan orang awam mengangkat mayat Anbarsan yang ditemui mati lemas tersangkut pada tunggul kayu di dalam Sungai Penggeli, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang petani ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Penggeli ketika melakukan kerja di kebun miliknya di Ladang Pekan Layang-layang di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, mayat mangsa, M. Anbarsan, 39, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusoff berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut pada tunggul kayu.

“Mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 9 pagi tadi dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja di dalam kebunnya yang terletak berhampiran sungai berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui lemas tengahari hari ini selepas tersangkut pada tunggul kayu,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Pasukan Balai. Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam menerima maklumat kejadian pada pukul 9.03 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi, didapati benar berlaku kejadian lelaki dilaporkan jatuh ke dalam Sungai Penggeli sebelum kerja pencarian menggunakan teknik Water Surface dan Skindive dilakukan,”katanya.

Menurut Asyraf Nur, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.35 petang.-K! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI