fbpx

Lelaki ditemui tergantung pada paip besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemui tergantung pada paip besi berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di Jalan Tunku Abdul Rahman sebentar tadi.-Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditemui tergantung pada paip besi berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 9 pagi itu, mayat lelaki terbabit ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang sedang bertugas di pondok pengawal IPD Kota Kinabalu.

Lelaki terbabit sebelum kejadian difahamkan dilihat duduk berdekatan lokasi kejadian sambil memegang kain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemui tergantung di jambatan paip besi berhampiran IPD Kota Kinabalu. Pemeriksaan awal menunjukkan, kejadian dipercayai baru sahaja berlaku.

“Lelaki berkenaan dipercayai menggantung diri menggunakan kain yang diikat pada paip besi dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Habibi berkata, pasukan polis, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha menurunkan mangsa dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI