fbpx

Kluster Oad dikesan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Kluster Oad menjadi kluster terbaharu dikesan di negeri ini dan kluster berkenaan dikenalpasti berlaku membabitkan sebuah syarikat pengurusan acara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, selain empat kluster sedia ada yang aktif, dua lagi kluster dari negeri jiran, Selangor iaitu kluster Hentian dan Jaya direkodkan berlaku di negeri ini.

Menurutnya, kluster Oad ini melibatkan daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan serta daerah Hulu Langat di negeri Selangor.

“Kes indeks (iaitu kes ke-41974) dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November lalu. Sehingga hari ini, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Rembau,”katanya ketika dihubungi, dekat sini, tadi.

Veerapan berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat 153 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,794 kes.

Menurutnya, dari jumlah tersebut, 2,780 kes telah sembuh dan discaj, 1,006 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan (8) kes telah meninggal dunia.

“Sebanyak 1,295 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari kluster Cergas, 526 kes dari kluster Kaya, 256 kes dari kluster Lengkuk dan 61 kes dari kluster Taman Bunga.

Menurutnya, terdapat 1,811 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

“Pertambahan 153 kes baharu hari ini 139 dari kluster sedia ada, satu kes dari kluster baharu,10 kes dari saringan kontak rapat dan tiga kes lain-lain saringan.

“Dari jumlah berkenaan, 142 kes dari daerah Seremban, sembilan kes dari daerah Port Dickson, Jempol dan Rembau masing-masing satu kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI