fbpx

Jangan abaikan anak-anak selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslinda berkata demikian pada forum bertajuk, Penceraian: Berani atau Sembunyi sempena Wacana Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Wilayah menerusi laman Facebook Jawi.

PUTRAJAYA – Jangan abaikan anak-anak selepas bercerai dan teruskan memberi sokongan serta perhatian kepada mereka.

Itu nasihat Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Ustazah Haslinda Lukman kepada pasangan yang sudah bercerai.

Haslinda berkata demikian pada forum bertajuk, Penceraian: Berani atau Sembunyi sempena Wacana Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Wilayah menerusi laman Facebook Jawi, hari ini.

Menurutnya, selain bekas isteri, anak-anak adalah yang paling terkesan jika berlaku penceraian antara ibu dan bapa.

“Banyak kesan negatif akan berlaku khususnya kepada anak-anak yang masih kecil. Kajian psikologi banyak membuktikan anak-anak paling terkesan akibat penceraian.

“Kajian mendapati, anak-anak akan menunjukkan sikap agresif keterlaluan, kemurungan yang teruk dan tidak mahu bergaul dengan orang lain.

“Selain itu, mereka juga suka melakukan perkara-perkara yang tidak normal selain turut mengalami kemerosotan dalam akademik,” katanya.

Haslinda berkata, ada juga anak-anak yang merasakan mereka menjadi punca kepada penceraian ibu bapa mereka.

Justeru, beliau berkata, andai kata anak-anak menetap bersama ibu selepas penceraian, si ibu perlu mendapatkan bantuan guru kaunseling untuk meneruskan kehidupan.

“Malah, ibu dan bapa juga perlu memastikan hubungan selepas penceraian kekal baik demi anak-anak dengan menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi,” katanya.

Muka depan Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 90,766 penceraian didedahkan Mahkamah Syariah di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Antara punca penceraian yang direkodkan termasuklah masalah kewangan, tidak sehaluan dan isu pemberian nafkah. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI