fbpx

Gempar lelaki duduk atas palang terminal bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berada di atas palang terminal bas Klang Sentral, semalam.

KLANG – Suasana di Terminal Klang Sentral di sini gempar apabila seorang lelaki ditemui berada di atas palang bangunan setinggi tiga tingkat semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai disedari pengawal keselamatan bangunan terminal bas berkenaan yang bertindak menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.11 petang

“Anggota kami berjaya memujuk lelaki berusia 30-an itu untuk turun dengan menggunakan tangga yang disediakan pihak bomba.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, anggotanya yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan sanitasi ke atas lelaki itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI