fbpx

Chanhyuk ‘unfollow’ adik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE CHANHYUK

PASANGAN duo popular, namun hubungan penyanyi dua beradik AKMU iaitu Lee Chanhyuk dan Lee Suhyun pernah menjadi bahan berita.

Semuanya gara-gara tindakan Chanhyuk yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram Suhyun sehingga menjadi perbualan peminat.

Peminat ingin mengetahui punca sebenar lelaki itu tidak lagi mengikuti Instagram adik sendiri meskipun mereka masih aktif sebagai artis duo.

Memetik laporan Naver, Chanhyuk sendiri tidak menyangka perkara tersebut akan menimbulkan isu besar sehingga menjadi perhatian ramai dan bahan berita.

“Sejujurnya, saya lakukannya tanpa didorong oleh sesiapa. Saya cuma mahu mengikuti orang yang sesuai dengan atmosfera media sosial saya,” jelasnya.

Malah Suhyun sendiri mengakui terkejut kerana timbul salah faham tentang hubungan mereka sedangkan dia dan Chanhyuk masih baik dan rapat seperti biasa.

“Kami tidak bergaduh pun. Selepas tahu dia tidak lagi mengikuti saya dalam media sosial, saya tidak rasa apa-apa pun. Kalau laporan berita tidak keluar, saya pun tidak sedar dia buat begitu,” kata Suhyun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI