fbpx

Barangan kosmetik bernilai lebih RM120,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan kosmetik yang dirampas oleh PGA di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas pelbagai jenis barangan kosmetik dianggarkan bernilai RM 122,463 di dalam sebuah lori dipercayai diseludup dari negara jiran di Jalan Rantau Panjang – Pasir Mas di sini semalam.

Dalam rampasan pada pukul 8.30 malam itu, anggota PGA menahan pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa muatan sayur dan buah-buahan seludup selain dipercayai turut menyembunyikan barangan kosmetik itu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superitendan Muhammad Shamsuddin berkata, sewaktu anggota PGA menjalankan tugasan Ops Benteng Covid-19, kelihatan sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota PGA mengarahkan kenderaan berat itu supaya berhenti di tepi jalan.

“Pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan penuh sayur dan buah-buahan yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan di bawah kesemua muatan itu membawa kepada penemuan kotak besar yang mengandungi 52 jenis barangan kosmetik yang juga dipercayai diseludup masuk ke negara ini, ” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Muhammad, siasatan awal terhadap lelaki tempatan itu mendapati dia mengaku sudah setahun menjalan kegiatan penyeludupan barangan kosmetik.

Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI