fbpx

Bagaikan mati hidup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rabiatul diperiksa doktor sambil ditemani bapanya dan wakil Lions Club Batu Pahat di Hospital Pantai Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – “Perasaan ini lega, bagaikan mati hidup semula, sebab tak percaya ada orang boleh tolong kami sejauh ini.”

Itu kata-kata Azlin Ahmad, 34, yang tidak menyangka ramai pihak tampil membantu meri­ngankan penderitaan anak ke­duanya yang menderita pe­nyakit jantung selepas kisah kanak-kanak berusia tujuh tahun tular di media sosial.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, setelah tujuh tahun anaknya, Rabiatul Syakilyn Mohd. Faizul Redzuan hidup dalam kesakitan, kini segala kos rawatan termasuk pembedahan akan ditaja oleh badan bukan kerajaan, Lions Club Batu Pahat.

Katanya, dia dan suami, Mohd. Faizul Redzuan Abd. Malik, 35, sememangnya mahu melihat Rabiatul mendapat rawatan segera.

“Namun, nak harapkan kami suami isteri memang mustahil, tidak akan mampu kami nak kumpul belanja sehingga RM30,000, sedangkan ada lagi mulut lain yang perlu disuapkan.

“Keadaan kesihatan suami saya juga merosot sehingga menyukarkan kami menampung kos pembedahan Rabiatul,” katanya di Kampung Parit Haji Othman Darat, Parit Sulong di sini semalam.

Nasib keluarga ini mendapat perhatian daripada Timbalan Presiden Lions Club Batu Pahat, Richard Chan; Ketua Armada Parit Sulong, Hussin Mohd. Yunus dan Ketua Serikandi Parit Sulong, Sharmila Amir serta Maj­lis

Pengurusan Komuniti Kampung Parit Othman yang turut memberikan sumbangan.

Richard berkata, sebelum ini, Rabiatul dirujuk ke Hospital Pantai di sini bagi menjalani pemeriksaan awal selepas seorang doktor di hospital tersebut sudi menampung kos rawatannya.

Namun, kanak-kanak itu perlu dirujuk ke Hospital Serdang, Selangor kerana pakar hati untuk kanak-kanak berada di sana.

“Kami akan berusaha mencari dana daripada orang ramai, sumbangan kelab atau badan korporat bagi menanggung kos rawatan serta perjalanan Rabiatul hingga dia mampu menjalani pembedahan jantung berlubang,” ujarnya.

Kosmo! pada Rabu lalu me­laporkan kisah Mohd. Faizul Redzuan dan anaknya yang mende­rita sakit jantung selepas mereka tidak mampu menjalani rawatan dianggarkan bernilai RM55,000.

Rabiatul memerlukan kos ra­watan RM30,000, manakala ba­panya sebanyak RM25,000 untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik Azlin Ahmad di nombor 0111741100032234.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI