fbpx

958 kes baharu, tiga kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 958 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 52,638 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat tiga kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 329 kes.

“Kes kematian ini dilaporkan Sabah melibatkan seorang wanita dan dua lelaki berusia 32, 39 dan 64 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tawau, Sabah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 956 kes sembuh dicatatkan menjadikan sebanyak 39,088 kes pulih Covid-19 terkini di seluruh negara.

Ujarnya, sebanyak 110 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI