fbpx

235 kes Covid-19 dicatatkan di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG- Sebanyak 235 kes Covid-19 telah dicatatkan di kawasan Pelabuhan Klang sejak 10 November lalu sehingga hari ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Kapten K. Subramaniam berkata, jumlah itu melibatkan 217 pekerja asing dan 18 pekerja tempatan yang telah dijangkiti virus tersebut.

“Mereka telah diletakkan diletakkan di bwah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita juga telah melaksanakan operasi nyahkuman di semua tempat mereka bekerja termasuk peralatan kerja yang telah gunakan individu tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Menurut beliau, Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) juga telah menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap 6,000 warga kerjanya.

Subramaniam menegaskan, pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung pekerja mereka yang dijangkiti virus daripada pengetahuan awam.

“PKA sentiasa berhubung dengan KKM serta agensi berkaitan bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan Pelabuhan Klang,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan sebanyak sebanyak 39 kes Covid-19 dikesan daripada Kluster Perigi di Klang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI