fbpx

Treler bawa tepung tersangkut celah bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam membantu mengeluarkan treler yang tersangkut di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kota Laksamana, di sini hari ini.

MELAKA – Suasana di dalam pekan Jonker Walk bertukar kecoh selepas sebuah treler 23 tan yang membawa muatan tepung gandum tersangkut di celah bangunan sehingga menutup laluan di Jalan Tun Cheng Lock, Kota Laksamana di sini hari ini.

Difahamkan treler dipandu lelaki berusia 43 tahun itu dalam perjalanan menghantar bekalan tepung gandum dari Pulau Pinang ke Kota Laksamana dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, sepasukan bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan treler yang tersangkut di bahagian besi penghadang jalan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Penguasa Bomba Kanan II, Khairudin Atan, panggilan kecemasan diterima daripada seorang anggota polis kira-kira pada pukul 3 petang.

“Setiba di tempat kejadian, kami dapati terdapat sebuah treler jenis Volvo telah tersangkut di bahagian besi penghadang jalan.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk membantu mengeluarkan treler tersebut daripada tersekat di celah bangunan,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu memaklumkan kejadian berlaku selepas dia menggunakan aplikasi pengesan lokasi kedudukan untuk ke Kota Laksamana yang membawanya masuk ke laluan sempit berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI