fbpx

Taipei arah semua jet F16 didaratkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 19 Ogos 2003 menunjukkan sebuah jet F16 buatan Amerika Syarikat berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Chiayi, Taiwan semasa satu sesi demonstrasi kepada pihak media. – AFP

TAIPEI – Taiwan mengarahkan semua jet tempur F16 miliknya untuk didaratkan bagi tujuan pemeriksaan keselamatan sema­sa pasukan penyelamat mene­ruskan usaha mencari salah sebuah pesawat yang dilaporkan hilang ketika menjalani latihan, kata pihak berkuasa semalam.

Keputusan itu membabitkan kira-kira 150 jet dikeluarkan dari ruang udara Taiwan.

Tentera Udara menyatakan, pesawat satu tempat duduk F16 itu dipandu juruterbang ber­umur 44 tahun didapati hilang daripada radar pada ketinggian kira-kira 1,800 meter selepas dua minit berlepas dari Pangkalan Udara Hualien di timur Taiwan pada malam kelmarin.

Kehilangan itu berlaku dalam tempoh kurang tiga minggu selepas seorang juruterbang terbunuh setelah jet pejuang jenis F-5E dipandunya terhempas di laut semasa satu latihan, mendorong langkah sama untuk mendaratkan pesawat jenis itu dikuatkuasakan.

“Misi menyelamat adalah ke­utamaan kami buat masa ini. Tentera Udara telah mendaratkan semua F16 untuk pemeriksaan dan saya mengarahkan satu siasatan diadakan berhubung pun­ca insiden,” kata Presiden Tsai Ing-wen kepada pemberita.

Taiwan dilaporkan kerap berada di bawah ‘pemantauan’ Chi­na, yang menganggap Taipei sebagai wilayah miliknya dan berikrar untuk ‘mengambil alih’ suatu hari kelak termasuk cara kekerasan sekiranya perlu.

Barisan pesawat tempur Taiwan sudah usang dan tidak setanding bilangannya berbanding aset milik China.

Tanpa pesawat F16, Taipei cuma ada pesawat buatan tempatan IDF (Indigenous Defence Fighter), jet Mirage buatan Perancis lewat tahun 1990-an dan F5-E tahun 1970-an.

Terdapat tujuh insiden nahas membabitkan F16 sejak Taiwan menerima barisan jet tempur yang dibeli dari Amerika Syarikat pada 1997.

Taiwan menggandakan jumlah pesawat tempur hingga dua kali ganda lebih banyak sejak tahun lalu sebagai pendekatan mengukuhkan pertahanan terhadap ancaman luar.

Tentera Taiwan pernah terpa­lit dengan satu nahas udara pada awal tahun ini.

Pada Januari lalu, lapan pegawai kanan termasuk ketua turus am terkorban dalam kemalangan helikopter.

Di bawah pentadbiran Pre­si­den AS, Donald Trump, Washington membenarkan jualan senjata kira-kira AS$18 bilion (RM73.6 bilion) kepada Taiwan dan ini termasuk 66 unit jet ge­nerasi baharu

F16 serta platform sistem pertahanan misil termaju. Keputusan jualan itu meningkatkan kemarahan Beijing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI