fbpx

SIRIM kongsi kepakaran pengeluaran Biogas asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan SIRIM

SHAH ALAM – SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd. (STV), anak syarikat SIRIM Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bion Sdn.Bhd. (BiON) hari ini dalam memperluaskan pengkongsian kepakaran bidang pengeluaran biogas asli.

Presiden SIRIM Berhad, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, SIRIM membangunkan penyelesaian inovatif bagi pengeluaran biogas selain menaiktaraf kualiti seperti gas asli atau biogas asli.

“SIRIM mempunyai kepakaran merentasi keseluruhan rantaian nilai daripada penulenan dan pengeluaran, pengedaran melalui Sistem Perpaipan Virtual (VPS), penggunaan dan pembangunan standard serta pengujian dan penentusahan.

“SIRIM juga telah berjaya membangunkan dan membuat demonstrasi kesesuaian teknikal dan ekonomikal biogas asli (BioNG) untuk akses pasaran melalui sebuah loji demonstrasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili STV dan BiON pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Nazim Syed Faisal menandatangani MoU tersebut secara dalam talian.

Ahmad Fadzil yang juga merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM berkata, MoU tersebut diusahakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Platform Koordinasi Pelaburan Domestik yang memadan dan memudahkan penyedia teknologi dengan rakan industri dalam rantaian nilai biotenaga bagi meneroka peluang dan masa depan industri berkenaan.

“SIRIM telah berjaya membangunkan dan membuat demonstrasi kesesuaian BioNG untuk akses pasaran melalui sebuah loji demonstrasi.

“Loji demonstrasi BioNG dibangunkan pada 2016 di Merotai, Tawau dan loji tersebut mampu menghasilkan 6,000m padu biogas asli atau bersamaan dengan 6,000 liter diesel sehari,”katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadzil menegaskan STV dan BiON juga akan mewujudkan kerjasama teknikal dalam pengeluaran biogas termampat dan sistem yang berkaitan serta kerjasama projek berpotensi lain yang berkaitan dengan sisa buangan kepada tenaga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI