fbpx

Sindiket dadah RM4.8juta tumpas dalam dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di IPK Selangor. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Ketangkasan polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai 4.8 juta dalam tempoh lebih dua jam sahaja menerusi lima serbuan, kelmarin.

Dalam serbuan bermula pukul 11.40 pagi itu menyerbu rumah dan bengkel yang menjadi lokasi sindiket tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Turut ditahan adalah enam ahli sindiket termasuk dalangnya berusia 34 hingga 56 tahun hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut yang beroperasi sejak awal bulan lalu mendapat bekalan dadah dari negara jiran.

Katanya, kesemua dadah tersebut kemudiannya dipasarkan di Sabah dan Sarawak.

“Siasatan awal mendapati penghantaran dadah itu dilakukan menerusi dua kaedah iaitu menerusi kurier dalam bungkusan seberat satu atau dua kilogram (kg).

“Selain itu, menggunakan kargo kapal terbang untuk jumlah kuantiti yang banyak,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor hari ini.

Menurut beliau, hasil serbuan itu merampas dadah seberat 96.39 kg meliputi syabu, ketamin, erimin 5, esctasy dan heroin bernilai RM4.8juta.

Kata Razarudin, polis turut menyita enam buah kenderaan mewah seperti Audi dan Toyota Vellfire sejumlah barang kemas, jam tangan dan wang tunai dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah berjumlah RM5.6juta.

Beliau menegaskan kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI