fbpx

Rossi tuduh Yamaha tidak serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI memberi amaran kepada Yamaha supaya lebih serius dalam proses pembangunan jentera untuk memastikan mereka terus relevan bersaing musim depan. – AFP

VALENCIA – Valentino Rossi mahu Yamaha menjalankan program pembangunan jentera YZR-M1 dengan lebih serius menjelang aksi musim 2021 selepas mereka bergelut dengan masalah enjin musim ini.

Yamaha merupakan pasukan yang meraih kemenangan terbanyak musim ini apabila menjulang tujuh kemenangan daripada 13 perlumbaan.

Bagaimanapun, tiga daripadanya diperoleh pelumba satelit Yamaha, Franco Morbidelli yang menggunakan jentera Petronas SRT M1 ‘A-spec’ 2019 dan tiga lagi menerusi Fabio Quartararo yang menggunakan jentera spesifikasi kilang.

Lebih mengecewakan, pasukan pengeluar Yamaha hanya meraih satu kemenangan menerusi Maverick Vinales dan Rossi masih belum mampu untuk menjulang kemenangan apabila sekadar menaiki podium tempat ketiga.

“Bagi saya terdapat masalah terutama di peringkat permulaan. Sehingga tahun 2020, semua pasukan lain mempunyai pasukan ujian yang sangat aktif membangunkan jentera mereka di Eropah.

“Mereka juga membentuk pasukan dengan menggunakan pelumba berpengalaman se­perti Michele Pirro, Dani Pedrosa, Stefan Bradl dan melakukan ujian di litar sebenar untuk melihat kemampuan jentera masing-masing.

“Yamaha sebaliknya tidak mempunyai pasukan dan hanya menggunakan pelumba uji dari Jepun. Masalah lebih besar ketika ini adalah Yamaha melakukan ujian jentera tersebut yang tiada kaitan dengan masalah yang dialami pelumba di litar di Eropah,” kata Rossi.

Ketika Covid-19 melanda, kerjasama Yamaha dengan Jorge Lorenzo benar-benar menemui kegagalan apabila pelumba Sepanyol itu hanya sempat menunggang jentera M1 2019 empat kali sahaja untuk proses pembangunan.

Pada 2021, Yamaha membuat keputusan membawa masuk pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow sebagai pelumba uji baharu meskipun ramai yang menjangkakan Andrea Dovizioso akan bersama pasukan tersebut musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI