fbpx

Risiko pekak akibat guna fon telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan fon telinga yang lama dan kuat akan menyebabkan kecacatan pendengaran. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penggunaan fon telinga, fon kepala atau peranti seumpamanya untuk tempoh yang lama dan nada yang tinggi dikhua­tiri mengundang risiko kecacatan pendengaran serta masalah kesihatan kepada pengguna.

Naib Canselor KPJ Healthcare Universiti (KPJUC), Prof. Datuk Dr. Lokman Saim berkata, penggunaan alat itu akan mengakibatkan lubang telinga menjadi lembap serta terdedah kepada jangkitan kulat atau bakteria.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mendatangkan masalah kepada pengguna sekiranya penggunaannya dikawal atau dipakai untuk tempoh yang sekejap.

“Jangkitan kulat atau bakteria akibat pemakaian fon telinga boleh diubati kerana ada ubat seperti anti bakteria dan fungal, namun yang merisaukan ialah pendedahan kepada bunyian kuat secara berpanjangan dan berulang-ulang dikhuatiri akan mencacatkan pendengaran.

“Ia berlaku secara perlahan dan tidak disedari kerana kualiti pendengaran seseorang akan terjejas sekiranya terdedah kepada muzik yang kuat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Lokman yang juga Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur berkata, kualiti pendengaran akan menurun le­bih daripada 80 desibel (db) sekiranya terdedah kepada bunyi bising selama lapan jam ke atas.

Tambahnya, kerosakan ha­nya­ akan pulih jika telinga diberi masa untuk berehat.

Menurut Lokman, bagi mereka yang menggunakan alat itu pada nada yang tinggi secara berterusan pada setiap hari pula berisiko mengalami kerosakan kekal pada telinga.

“Saya sarankan pakai dengan nada rendah dan kurang daripada lapan jam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI