fbpx

Restoran The 39 tawar menu pesta cahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meskipun negara menyambut Hari Deepavali dalam suasana berbeza dalam pandemik Covid-19, cita rasa dan selera untuk menikmati makanan kegemaran yang sinonim dengan penganut agama Hindu tidak berbeza.

Maruku, nasi beriani, roti nandan ayam tandoori adalah antara menu popular yang menjadi pilihan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, umur dan agama.

Bagi memeriahkan lagi perayaan festival cahaya itu, Restoran The 39, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre membawa konsep perayaan tersebut dalam hidangan promosi yang ditawarkan kepada pengunjungnya bermula 12 November lalu.

Menurut makluman promosi hotel tersebut, menu yang terdiri daripada roti nan dan ayam tandoori bersama nasi putih stim dan pelbagai hidangan lain ditawarkan kepada pengunjung pada harga bermula RM18 sahaja.

Lebih menarik, hidangan menyelerakan itu dapat dinikmati dari tingkat 39 dengan berlatarbelakang Menara Kuala Lumpur dan pemandangan bandar raya ibu kota yang indah bercahaya pada waktu malam.

Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre yang merupakan milik Permodalan Nasional Berhad diuruskan Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI