fbpx

Remaja menderita penyakit saraf otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD mengharapkan bantuan orang ramai untuk membantu rawatan anak bongsunya, Mohd. Khairul yang menderita penyakit saraf otak sejak lima tahun lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun terpaksa menanggung penderi­taan sejak lima tahun lalu akibat menghidap penyakit saraf otak selepas terlibat dalam kemala­ngan jalan raya pada tahun 2015.

Sejak kejadian itu, Mohd. Khairul Shafiq dari Kampung Berapit, Tikam Batu di sini sering diserang sawan sehingga menjejaskan kehidupan hariannya.

Kesengsaraan yang dialami Mohd. Khairul turut dirasai bapanya, Ahmad Hassan, 66, yang kini bergantung harap kepada orang ramai bagi membiayai kos pemasangan semula tempurung kepala remaja terbabit.

Menurut Ahmad, kos untuk rawatan dan pemasangan semula tempurung kepala anak bongsu daripada empat beradik itu dianggarkan antara RM6,000 hingga RM10,000.

“Pihak Hospital Pulau Pinang memberikan tempoh lima tahun untuk proses pemasangan tempurung kepala tersebut yang kini berbaki kira-kira setahun sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Katanya, dia juga bimbang dengan kesihatan anaknya yang kerap diserang sawan.

“Pemasangan tempurung kepala itu boleh membantu anak saya menjalani kehidupan normal seperti remaja lain di luar sana,” ujarnya.

Menurut Ahmad, lebih menyedihkan apabila isterinya, Sharifah Ismail, 63, baharu me­ninggal dunia akibat kanser tulang dan paru-paru pada Jumaat lalu.

“Saya bimbang dengan nasib anak-anak jika saya sudah tiada dan kini berharap ada pihak boleh membantu menyegerakan rawatan dan pemasangan se­mula tempurung kepala anak saya ini,” katanya.

Ujarnya, sebelum ini dia me­nyara keluarga dengan bekerja sebagai pemandu lori, namun terpaksa berhenti sejak lima tahun lalu kerana menghidap pe­nyakit darah tinggi.

“Sejak dari itu, arwah isteri mengambil upah mencucuk sate untuk mengumpul wang rawatan Mohd. Khairul sebelum disahkan menghidap kanser dua bulan lalu.

“Arwah tidak lagi boleh be­kerja menyebabkan saya bekerja semula sebagai pemandu lori kayu untuk menyara keluarga,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu Mohd. Khairul boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional milik Ahmad Hassan 02116-29-00009706-4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI