fbpx

Polis siasat kes bunuh, laluan di Jalan Bangsar ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis trafik mengawal lalulintas di Jalan Bangsar menghala ke Abdullah Hukum.

PETALING JAYA – Laluan di Jalan Bangsar menghala ke Abdullah Hukum ditutup susulan penemuan mayat satu individu hari ini.

Laluan dari arah KL Sentral itu ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan pihak forensik sedang menjalankan siasatan membabitkan satu kes bunuh.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes bunuh di Jalan Bangsar hari ini.

Terdahulu, trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam ciapan Twitter memaklumkan penutupan jalan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI