fbpx

Maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Yamaha Ego yang dinaiki Muhammad Hazrin yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Balai Besar - Alor Tempoyak di Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal Yamaha Ego ditungganginya dirempuh sebuah kereta Proton Iriz di Jalan Balai Besar – Alor Tempoyak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, Muhammad Hazrin Mohd. Jamil, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Hazrin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pusat bandar Dungun dari rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran, Kampung Balai Besar di sini.

“Motosikal yang ditunggangi mangsa dirempuh sebuah kereta Proton Iriz sewaktu keluar dari persimpangan Jalan Balai Besar – Alor Tempoyak.

“Impak daripada rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan raya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharuddin berkata, pemandu kereta Proton Iriz yang merupakan seorang peneroka dari Felda Kerteh 3 berusia 54 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Menurut beliau, mayat Muhammad Hazrin telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI