fbpx

Nadal tidak mahu kecewa, nekad buru tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL masih berpeluang mara ke separuh akhir jika mampu menewaskan Tsitsipas pada perlawanan terakhir biarpun tewas kepada Thiem awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang tenis dunia, Rafael Nadal mengakui dia masih berpeluang untuk memburu kejuaraan ATP Final buat kali pertama meskipun dikejutkan de­ngan kekalahan di tangan pemain Austria, Dominic Thiem awal pagi semalam.

Nadal dilihat bergelut dengan prestasinya selepas tewas 7-6 (9/7), 7-6 (7/4) di Arena O2 sekali gus membolehkan Thiem menjadi pemain pertama layak ke peringkat separuh akhir selepas juara bertahan, Stefanos Tsitsipas menewaskan pemain pilihan ketujuh dari Rusia, Andrey Rublev 6-1, 4-6, 7-6 (8/6).

Kini, Nadal tiada pilihan lain dan perlu menewaskan Tsitsipas dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.

“Tahniah kepada Thiem kerana melangkah ke separuh akhir. Saya akui dia beraksi dengan hebat dan saya juga bermain dengan baik hari ini.

“Saya tidak begitu kecewa kerana telah berikan segalanya dalam perlawanan itu. Cuma saya sedikit kecewa kerana tidak menyelesaikan beberapa peluang yang terhidang.

“Sudah tentu saya sedih tetapi pada masa yang sama saya turut gembira kerana tahap keyakinan permainan saya lebih baik berbanding beberapa hari yang lalu.

“Oleh itu, saya akan bekerja keras untuk melangkah ke pu­singan seterusnya dan saya yakin peluang itu masih ada buat saya,” kata Nadal yang tewas pada tahun 2010 dan 2013 di final kejohanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI