fbpx

Muncul dalam video muzik Blackpink, Loren bukan calang-calang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOREN

SEJAK lagu Lovesick Girls nyanyian Backpink diluncurkan pada 2 Oktober lalu, kelibat seorang jejaka kacak yang membintangi video muzik berkenaan mencuri perhatian ramai.

Meskipun tidak menonjolkan keseluruhan wajahnya, namun ramai peminat dapat menjangkakan lelaki itu seorang yang sangat kacak.

Sedikit demi sedikit identiti lelaki bernama Loren itu diketahui umum. Memetik laporan Kstarlive baru-baru ini, dia baru sahaja memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan meluncurkan single perdana berjudul Empty Trash.

Sebelum ini, Loren atau nama sebenarnya Lee Seung-joo aktif menulis lirik dan mencipta lagu. Dia pernah menulis beberapa buah lagu untuk Blackpink, antaranya Pretty Savage, You Never Know dan Lovesick Girls.

Loren juga pernah menghasilkan lagu untuk G-Dragon. Lelaki berusia 25 tahun itu juga mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai selebriti seperti Taeyang, Teddy, R. Tee dan Lee Soo-hyuk.

Rupa-rupanya, keluarga Loren juga bukan calang-calang. Ada laporan mengatakan Loren merupakan anak kepada pengasas syarikat pembangunan IT, Naver Corporation, Lee Hae-jin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI