fbpx

Messi akui Argentina temui keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kanan) meledak satu gol untuk Argentina ketika mereka menewaskan Peru 2-0 pada aksi pagi semalam. – AFP

LIMA, Peru – Kapten Argentina, Lionel Messi percaya keupayaan mereka sebagai satu pasukan semakin meningkat berdasarkan kejayaan menewaskan Peru 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Nacional de Lima pagi semalam.

Dua gol dalam babak pertama daripada Nicolas Gonzalez dan Lautaro Martinez membolehkan skuad La Albiceleste menduduki tangga kedua dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua empat perlawanan kelayakan zon Amerika Selatan ketika ini.

Ia juga adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun Argentina berjaya mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah di peringkat antarabangsa sejak 2000.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini selepas sekadar meraih keputusan seri 1-1 (bertemu Paraguay) dalam perlawanan terdahulu.

“Kami bermain dengan baik dari mula permainan dan berjaya mencipta banyak peluang walaupun akhirnya kami cuma menang menerusi dua gol dalam separuh masa pertama.

“Saya percaya jika kami terus mempamerkan prestasi sebegini, kami boleh menewaskan sesiapa sahaja dalam pusingan kelayakan ini,” kata Messi.

Selepas ini, Argentina bakal berdepan tugas mencabar bertemu Uruguay sebelum menentang musuh tradisi, Brazil dalam dua perlawanan kelayakan seterusnya yang dijadualkan pada Mac tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI