fbpx

Kesan mendakan bau punca LRA Rantau Panjang henti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS sedang membuat pensampelan bau di LRA Rantau Panjang.

SHAH ALAM – Henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang semalam disebabkan baki kesan mendakan bau di sekitar muka sauk berikutan pencemaran sebelum ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, penemuan tersebut hasil siasatan menyeluruh di kawasan pencemaran di Sungai Sembah yang mengesan bau 1 Ton.

“Pencemaran bau tersebut disyaki berpunca daripada baki kesan-kesan bau yang terdapat di tebing sungai atau kemungkinan mendakan di kawasan sekitar muka sauk ekoran insiden pencemaran bau yang lalu berikutan aliran sungai yang tinggi semalam.

“LUAS telah mengaktifkan pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya bagi tujuan aliran air secara graviti serta menaikkan satu pintu baraj Bestari Jaya bagi tujuan ‘flushing’ dan mempercepatkan aliran ke hilir sungai,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya hari ini.

LUAS menambah, aliran air Sungai Selangor juga mencatatkan bacaan yang tinggi iaitu 12,765 JLH (juta liter sehari) pukul 9 malam semalam dan membantu proses ‘flushing’.

Jelas LUAS, tindakan mitigasi berkenaan berjaya mengekang pencemaran tersebut dan LRA Rantau Panjang telah dapat beroperasi semula kurang daripada tempoh tiga jam, iaitu pukul 9.30 malam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pukul 7.10 petang selepas 10 minit mengesan pencemaran bau seakan bahan pelarut di muka sauk LRA berkenaan.

Pada 10 November lalu, LRA Rantau Panjang antara empat LRA terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau bahan pelarut.

Penutupan itu disebabkan tindakan sebuah premis penstoran yang membuang sisa industri menerusi lurang kumbahannya sehingga memasuki Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium di Taman Velox sebelum mengalir ke Sungai Selangor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI