fbpx

Dua anggota polis dituduh seludup 27 warga India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota polis dituduh di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada hari ini atas tuduhan menyeludup 27 warga India pada tahun lalu.

SUNGAI PETANI – Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India di Baling dekat sini pada tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Sarjan Mohd. Fazlan Abdullah, 58, dan Konstabel Mohammad Faiz Idris, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mohd. Fazlan dan Mohammad Faiz masing-masing bertugas di Balai Polis Pengkalan Hulu, Perak dan Cawangan Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menjalankan penyeludupan 27 migran warga India di Lot 1004, Kampung Haji Abas, Baling dekat sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 23 Mei 2019.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam mewakili Mohd. Fazlan, Jesvinderjit Singh memohon supaya anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin kerana tertuduh menghidap penyakit jantung dan baru sahaja menjalani pembedahan pada tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat keputusan berhubung jaminan ke atas kedua-dua tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI