fbpx

Annuar bakal saman MP Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai bahawa terdapat 42 aset milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dijual sepanjang tempoh Tan Sri Annuar Musa menjawat Menteri Wilayah Persekutuan merupakan satu tuduhan berat.

Annuar menyifatkan, tohmahan yang turut disiar oleh portal berita Malaysiakini itu berbaur fitnah dan menjejaskan reputasi dirinya selain reputasi DBKL sendiri.

“Ahli Parlimen Cheras telah buat dakwaan serius, sekiranya dakwaan itu benar bahawa sepanjang saya jadi menteri sebanyak 42 aset bandaraya telah dijual.

“Tuduhan dibuat berat dan serius, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah mengikut kaedah sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Menurut Annuar, setelah membaca komen dalam laman sosial Facebook dan Instagram, masyarakat di luar telah pun melemparkan pelbagai celaan dan tohmahan kepadanya berpunca daripada kenyataan Kok Wai kononnya selama lapan bulan menjadi Menteri, sebanyak 42 eset atau tanah bandaraya telah dijual.

Tegasnya, sehingga hari ini beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada DBKL menyatakan untuk menjual mana-mana aset mereka.

Selain berasa kecewa, beliau turut merasa sangat dukacita dengan dakwaan Ahli Parlimen yang telah begitu lama berperanan sebagai ahli parlimen, menyerang ahli parlimen yang lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI