fbpx

50,889 penuntut IPTA kekal berada di kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seramai 50,889 penuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk universiti awam, politeknik dan kolej komuniti mengambil keputusan untuk terus kekal di kampus sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula sehingga 11 November lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, manakala seramai 11,3297 pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berada di dalam kampus selepas penangguhan pendaftaran pelajar sesi 2020/2021 secara bersemuka.

“Majoriti pelajar masih berada di rumah selepas kementerian meluluskan agar sesi pendaftaran serta kemasukan pelajar baharu dan sedia ada dilaksanakan secara bersemuka pada bulan ini ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

“Ini selaras perintah PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan namun begitu kementerian peka dan prihatin memberi pertimbangan khas yang mempunyai keperluan bagi terus kekal berada dalam kampus.

“Antara pelajar yang diberikan pertimbangan adalah mereka yang memerlukan kemudahan teknikal terutamanya seperti fasiliti makmal serta pelajar yang memerlukan persekitaran yang lebih kondusif atau mempunyai masalah capaian internet untuk meneruskan pembelajaran di dalam talian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (PPBM-Beufort) yang ingin tahu tentang berapa jumlah sebenar pelajar institusi pengajian tinggi yang masih berada di kampus dan juga yang berada di rumah selepas pengumuman penangguhan kemasukan pelajar ke kampus sesi 2020/2021. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI