fbpx

33 buah rumah terjejas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Felda Bukit Rokan, Gemencheh yang dilanda banjir kilat pagi tadi.

TAMPIN – Sebanyak 33 buah rumah di Felda Bukit Rokan, Gemencheh terjejas dalam kejadian banjir kilat di penempatan berkenaan kira-kira pukul 5.50 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, tiga buah rumah di Pusat Latihan Polis Bantuan Felda turut terjejas.

“Dalam kejadian ini, hampir 150 mangsa dari 33 buah rumah yang terjejas termasuk seorang bayi. Ketika ini, keadaan banjir semakin surut.

“Tiada pusat pemindahan dibuka dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tampin serta golongan belia sedang membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI