KUALA PILAH – Seramai 22 orang penduduk Kampung Air Taling, Kuala Pilah yang terjejas banjir awal pagi kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Desa Dangi, dekat sini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kuala Pilah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira 2.47 pagi tadi selepas pihak polis yang memaklumkan banjir kilat berlaku di Kampung Air Taling.
“Seramai 22 penduduk terbabit melibatkan 10 keluarga terjejas dan dipindahkan segera ke Pusat pemindahan Dewan Desa Dangi.
“Pihak sekretariat segera melakukan pemindahan mangsa kerana terdapat rumah yang terjejas sehingga mencecah ke bumbung rumah,” katanya.
Pihak sekretariat juga memaklumkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh penduduk terjejas.
Ketika ini, usaha memindahkan mangsa sedang dilaksanakan.
Tiga agensi terbabit termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba dan pihak polis.