fbpx

Warga emas hilang ditemui dalam keadaan lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dahalan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di kebun getah berhampiran rumahnya selepas hampir tiga jam operasi dijalankan.

LARUT – Seorang lelaki berhadapan detik-detik cemas selama lebih lapan jam apabila dia hilang di hutan berhampiran Kampung Kelian, Gunung Ijok sebelum ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 3.30 petang tadi.

Kehilangan mangsa, Dahalan Mohamed Zin, 75, disedari oleh anak kandungnya  Yusni Dahalan, 43, pada pukul 7 pagi setelah beliau bangun dari tidur dan mendapati ayahnya telah tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, bimbang akan keselamatan ayahnya, Yusni telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi setelah gagal menemui ayahnya di kawasan sekitar.

“Menurut anaknya, mangsa dipercayai mempunyai daya ingatan yang tidak stabil akibat kemalangan 12 tahun lepas.

“Pasukan mencari dan menyelamat segera diwujudkan dengan kekuatan 22 anggota PDRM serta turut di bantu oleh 13 anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau,5 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk 50 orang penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua BBP Batu Kurau, Mohd. Hisham Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan warga emas berkenaan pada 12.20 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pencarian dibuat seluas lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat. Selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pihak kami telah menemui mangsa di kebun getah yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kediamannya.

“Warga emas dalam keadaan lemah itu kemudiannya dibawa ke Hospital Selama bagi tujuan rawatan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI