fbpx

Wanita Siam cedera tangan tersepit mesin pengisar ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan pergelangan tangan Rasmi Ehnui yang tersepit.

TUMPAT – Seorang wanita berketurunan Siam cedera selepas pergelangan tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan di rumahnya di Kampung Mertua, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisan Raja Ismail, berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Rasmi Ehnui, 26, sedang melakukan kerja-kerja mengisar ikan bagi menyediakan hidangan minum petang untuk keluarganya.

Katanya, sebaik menerima laporan kejadian itu daripada suami mangsa, seramai enam anggota telah bergegas ke rumah mereka.

“Kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan pergelangan tangan mangsa yang tersepit itu.

“Pada awalnya, anggota bomba terpaksa membuka skru pada mesin tersebut, namun tetap gagal mengeluarkan tangan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Menurut Raja Arisan, bimbang dengan pendarahan yang banyak, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Neting dekat sini bersama mesin pengisar ikan itu.

Menurutnya, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pergelangan tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin pengisar itu ketika dia dirawat di HRPZ II. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI