fbpx

United guna strategi Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO masih menjadi buruan United biarpun rundingan sepanjang musim panas lalu gagal menemui kata sepakat. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan terus dengan hasratnya untuk mendapatkan pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada jendela perpindahan musim sejuk nanti.

Bagaimanapun, mereka dilapor akan menggunakan strategi yang dipakai oleh Chelsea ketika mereka mendapatkan khidmat Cristian Pulisic sebelum ini.

Dortmund sebelum ini terus berkeras hanya akan melepaskan pemain antarabangsa England itu dengan nilai £108 juta (RM585.85 juta) tunai tanpa sebarang diskaun atau apa-apa terma rundingan lain.

Biarpun Sancho menjadi sasaran utama, namun United enggan melayan jumlah tuntutan berkenaan ekoran kekangan kewangan ketika pandemik Covid-19 walaupun pernah suatu ketika rundi­ngan berkenaan hanya kurang £10 juta (RM54.25 juta) sahaja untuk dimeterai.

Akhirnya rundingan tersebut menemui kegagalan selepas Dortmund membuat kata putus untuk tidak melepaskan Sancho sebaik aksi pramusim pasukan itu bermula.

Ia menyebabkan United beralih arah apabila mendapatkan tandatangan pemain muda Uruguay, Facundo Pellistri serta melengkapkan perjanjian bersama Atalanta untuk membawa masuk Amand Diallo pada Januari nanti.

Biarpun begitu, United kembali ke misi asalnya untuk tetap mendapatkan Sancho dengan menggunakan strategi yang digunakan Chelsea yang berjaya mengikat Pulisic sebelum ini.

Mereka dilaporkan cuba untuk menandatangani Sancho pada Januari nanti tetapi membenarkan pemain itu menghabiskan musim bersama Dortmund sebagai pemain pinjaman.

Ia adalah langkah terakhir yang dilihat mampu ­me­mu­j­uk Dortmund untuk menjual pemain itu biarpun sedar mereka mungkin berdepan persaingan apabila beberapa pasukan gergasi lain sudah mula memasang strategi untuk turut mendapatkan khidmat Sancho yang dianggap sebagai pemain yang istimewa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI