fbpx

Tiada keperluan PKPD di seluruh Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan berikutan kes Covid-19 yang naik mendadak ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD hanya akan dilaksanakan di kawasan tertentu yang merekodkan kes tinggi.

“Kita boleh buat penilaian risiko kerana peningkatan mendadak kes Covid-19 di Selangor. Setakat ini, kita sudah laksanakan dua PKPD iaitu di Medan 88 Sepang dan Meru, Kapar membabitkan perumahan pekerja Top Glove.

“Setakat ini,kerajaan tidak merancang untuk menutup seluruh Wilayah Persekutuan dan Selangor kerana kita boleh lakukan secara bersasar,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI