fbpx

PSG sedia tawar kontrak lumayan buat Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS menjadi buruan PSG yang sedia memberikan kontrak lumayan kepada kapten Real itu. – AFP

PARIS – Gergasi Perancis, Paris-Saint Germain (PSG) dilaporkan bersedia menawarkan kontrak lumayan dengan bayaran gaji tinggi berjumlah €60 juta (RM292 juta) selama tiga tahun buat kapten Real Madrid, Sergio Ramos.

Finalis Liga Juara-Juara musim lalu itu turut dikatakan sudah menyedikan prakontrak kepada Ramos, 34, memandangkan Real dilihat sukar untuk menawarkan perjanjian baharu dengan kontrak lebih daripada setahun buat bek tengah Sepanyol tersebut.

Berdasarkan si­tuasi semasa, peluang PSG untuk me­nyambar khidmat Ramos dilihat sangat cerah kerana mereka sanggup menawarkan kontrak selama tiga tahun dengan bayaran gaji €20 juta (RM97.3 juta) semusim.

Ia bermakna Ramos akan menerima bayaran gaji mingguan sebanyak €384,615 (RM1.87 juta) tidak termasuk dengan elaun dan bo­nus-bonus tambahan jika menyertai PSG secara percuma hujung musim ini.

Difahamkan, Presiden Real, Florentino Perez akan cuba sedaya upaya memujuk Ramos yang sudah membuat 660 penampilan bersama Real, terus kekal untuk musim ke-17 bersama skuad juara bertahan La Liga berkenaan.

Kehadiran Ramos pastinya menguatkan lagi skuad PSG yang kini dikatakan sedang berusaha melanjutkan kontrak dua bintangnya iaitu Kylian Mbappe dan Neymar.

Mbappe dan Neymar akan menjadi ejen bebas sebaik kontrak mereka tamat pada 2022, namun PSG tidak rela melepaskan dua aset terbaik itu selagi belum berjaya merangkul gelaran Liga Juara-Juara.

Sebagai rekod, Mbappe, 22, dikaitkan spekulasi perpindahan dengan Real, manakala Neymar, 28, disebut-sebut akan kembali menyertai bekas pasukannya dan bergandingan semula dengan kapten Argentina, Lionel Messi di Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI