fbpx

Polis berkas paderi penipu mengaku nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bushiri (kanan) bersama isterinya, Mary Bushiri (kiri) ketika dalam satu acara di Stadium FNB, Soweto, Afrika Selatan 1 Januari lalu. - GAMBAR FAIL/AFP

LILONGWE, MALAWI – Seorang paderi yang menipu orang ramai dengan mengaku dirinya nabi diberkas di ibu kota Malawi hari ini.

Lelaki tersebut, Shepherd Bushiri diberkas selepas dikehendaki polis Afrika Selatan atas dakwaan pengubahan wang haram serta penipuan.

Bushiri yang terkenal dengan gaya hidup mewah itu melarikan diri ke Malawi minggu lalu selepas melanggar syarat ikat jamin yang ketat oleh mahkamah Afrika Selatan.

Jurucakap polis Malawi, James Kadadzera berkata, pihaknya telah melancarkan operasi untuk memburu Bushiri selepas pihak Interpol mengeluarkan waran tangkap di bandar Pretoria, Afrika Selatan.

“’Nabi’ itu dan isterinya menyerah diri kepada polis di Lilongwe hari ini apabila mendapat khabar angin mengenai penahanan mereka.

“Pasangan tersebut akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bushiri, Ephraim Nyondo menafikan penahanan pasangan berkenaan adalah disebabkan pengeluaran waran tangkap berkenaan.

“Bushiri telah berjanji akan menyerah diri kepada polis Malawi untuk membuktikan bahawa dia bukan seorang pelarian.

“Dia berada di Malawi untuk mendapatkan keadilan yang tidak boleh diperolehi di Afrika Selatan,” ujarnya.

Bushiri yang memperolehi sumber kekayaan daripada sumbangan derma pengikutnya di sebuah gereja di bandar Pretoria mendakwa bimbang tentang keselamatannya jika berada di Afrika Selatan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Afrika Selatan telah memulakan proses perundangan untuk mengektradisi Bushiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI