fbpx

Pakej diskaun pelancongan domestik Perak selepas PKPB berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (dua dari kanan) dan Eidia Erriany Abdul Rahim (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pensanitasi Tangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan memperkenalkan pakej diskaun pelancongan domestik yang akan dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri bagi merancakkan semula sektor pelancongan  berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pakej diskaun pelancongan domestik itu akan diperkenalkan sebaik PKPB yang dilaksanakan ketika ini berakhir pada 6 Disember depan.

“Apabila PKPB ditamatkan nanti, kita akan kembali kepada PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), untuk itu kita akan ada inisiatif pakej pelancongan di bawah PBT.

“Ia adalah pakej pelancongan khusus berupa diskaun yang akan dijual agen pelancongan membabitkan diskaun sehingga RM150 bagi setiap pakej,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Pensanitasi Tangan di sini tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI