fbpx

Minggu Saham Digital bermula hari ini hingga 24 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minggu Saham Digital bermula hari ini.

Minggu Saham Digital (MSD) iaitu adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) bakal menampilkan barisan penceramah serta personaliti terkenal menerusi program-programnya yang akan disiarkan bermula 18 hingga 24 November depan.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti program berkenaan boleh melakukannya bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam menerusi laman Facebook dan saluran YouTube MSD.

MSD dianjurkan bersama dengan syarikat-syarikat pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga merupakan rakan korporat PNB.

Menampilkan persembahan, program hibur didik dan bual bicara yang menarik, MSD bertujuan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat pelaburan PNB untuk memberi peluang kepada pemegang unit PNB mendapat gambaran bagaimana pelaburan mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi Malaysia.

Di samping itu, ia juga bermatlamat mendidik rakyat Malaysia di semua peringkat usia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Majlis perasmian MSD akan dihoskan oleh Fiza Sabjahan.

Antara program yang bakal disiarkan kepada orang ramai termasuklah konsert maya, Pass The Mic yang menampilkan artis popular seperti Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra.

Mereka yang mengikuti konsert maya terbesar itu antara pukul 8.30 dan 10.30 malam pada 21 November depan berpeluang memenangi Perodua Aruz bernilai RM75,000 dan 10 e-baucar Lazada bernilai RM500 setiap satu.

Program lain yang bakal bersiaran termasuklah Cikgu CEO, ASB-Iclif MBA Masterclass Series, Sembang-Sembang ASNB, Makan Dulu, My Cerita, Masak Macam Mak, Jumpa di 118 dan Selesa.

Turut disiarkan ialah Kereta Kita, Betul Ke, Doc?, Lepak Je!, GG Bro! serta Forum Kewangan Syariah.

MSD juga bakal menganjurkan peraduan-peraduan menarik seperti Live Trivia dan Live Trivia Bonanza.

Penonton berpeluang memenangi e-baucar eksklusif dari Lazada bernilai RM46,750 melalui peraduan Live Trivia selama 15 minit pada hari biasa dan Live Trivia Bonanza pada hujung minggu yang berlangsung di Facebook.

Konsert maya ini dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah dan Akim Ahmad.

Eh Mana Kod? pula merupakan pencarian harta karun secara maya. Program itu telah bermula dan akan berlangsung sehingga pukul 11.59 malam pada 30 November ini.

Sepanjang tempoh peraduan, para peserta perlu mengumpulkan sebilangan besar kod tersembunyi yang terdapat dalam semua video yang disiarkan di saluran media sosial MSD dan juga di laman web MSD.

Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah Ford Ranger 2.0L XLT Plus 4WD bernilai RM130,000, Toyota Vios 1.5G (RM90,000), Yamaha R25 (RM21,500), Honda Dash 125 S (RM6,000) dan Wang Tunai Raiz (RM250).

Para peserta harus mendaftar sekarang di laman web MSD untuk menjadi antara 2,500 peserta bertuah yang bertanding bagi memenangi e-baucar Lazada bernilai RM50 setiap satu.

Pemenang akan diumumkan dalam tempoh acara MSD 2020 berlangsung antara 18 hingga 23 November depan melalui laman Facebook MSD.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan #Laburbersama.

Majlis pelancaran MSD akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berserta Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Encik Ahmad Zulqarnain Onn.

Pesanan video eksklusif daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga akan ditayangkan semasa acara pelancaran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai semua peraduan dan jadual program yang lengkap, kunjungi laman web MSD di www.minggusahamdigital.com.my atau @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI