SHAH ALAM – Orang ramai boleh menarik lega apabila Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas pukul 7.10 petang telah kembali beroperasi.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya memaklumkan operasi LRA dimulakan semula pukul 9.30 malam tadi.
“Ini selepas bacaan bau direkodkan pada tahap O ton.
“Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan LRA Rantau Panjang dihenti tugas pukul 7.10 petang tadi.
Henti tugas itu selepas mengesan pencemaran bau di muka sauk LRA itu pada paras 1 ton kira-kira pukul 7 petang. -K!ONLINE