fbpx

Jalan Kampung Tebing Tembah ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DUNGUN – Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan sebahagian Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Tebing Tembah, Paka dekat sini ditenggelami air sejak tengah hari semalam.

Tinjauan mendapati keadaan tersebut turut menyebabkan pergerakan trafik menjadi perlahan ekoran penutupan satu lorong yang ditenggelami air banjir berkenaan.

Seorang pengusaha kedai makan, Siti Fauziah Omar, 49, berkata, masalah tersebut telah berlarutan lebih 10 tahun lalu setiap kali musim tengkujuh.

Dia yang telah membuka kedai makan sejak 25 tahun lalu berkata, premis perniagaan yang terletak berhampiran turut dinaiki air banjir.

“Air bertakung sampai betis sejak tengah hari semalam. Sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal terpaksa ditolak selepas kenderaan masing-masing dimasuki air.

“Kedai makan saya pun dinaiki air. Setiap kali berlaku macam ni, saya memang rugi sebab pelanggan tidak boleh berhenti mengunjungi premis perniagaan saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Che Wan Marwan Che Wan kamaruzaman, 25, berkata, masalah banjir tersebut disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI