TAMPIL menerusi program Miss Back sebagai tetamu istimewa, penyanyi Hyelin berkongsi suka duka sepanjang 10 tahun dalam dunia seni.
Ditanya tentang alasan untuk muncul dalam program berkenaan, Hyelin yang merupakan anggota kumpulan EXID memberikan jawapan meruntun hati.
Dia enggan bakat dan namanya hilang begitu sahaja selepas banyak menonjolkan kelemahan terutama ketika bersama EXID.
“Meskipun EXID tidak dibubarkan tetapi semua anggota ada aktiviti solo. Saya muncul dalam program untuk memastikan nama masih dikenali sebagai penyanyi dan dapat memajukan diri ke depan,” katanya seperti memetik Soompi.
Menerusi Miss Back, dia berharap dapat melawan masalah kebimbangan yang dihadapi. Sejak awal tahun, Hyelin juga tidak lagi bernaung bawah agensi Banana Culture Entertainmen.
“Saya ada masalah gemuruh melampau. Perasaan untuk melakukan semua perkara seorang diri sebenarnya sangat membebankan untuk dijalani,” luahnya.