fbpx

Hulu Terengganu mula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rumah di Kampung Kepah mula dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Telemong, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Penduduk di beberapa buah kampung di daerah ini terpaksa ‘tidur-tidur ayam’ dan berjaga sepanjang malam tadi ekoran bimbang kediaman mereka dilanda banjir.

Kerisauan mula menyelubungi mereka sejak air Sungai Telemong di sini mulai melimpah berikutan hujan lebat kembali melanda di daerah ini bermula petang semalam.

Tinjauan mendapati antara kampung mula dilanda banjir ialah Matang, Kepah, Tengkawang dan Kuala Ping namun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat ini.

Bebarapa lokasi sepanjang laluan Kuala Berang ke Sungai Tong dekat sini juga dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan berat.

Seorang penduduk di Kampung Kepah, Nur Suriana Abdul Ghani, 20, berkata, dia sekeluarga tidak dapat melelapkan mata setelah kediaman mereka mula digenangi air sekitar pukul 8 malam tadi.

“Saya tinggal di sini bersama empat ahli keluarga lain termasuk emak, Che Wan Safiah Che Wan Mohamad, 63. Kami sudah mula mengemas mulai pukul 7 petang.

“Emak tidak tidur langsung malam tadi kerana risau jika paras air naik mendadak, saya pula setiap jam berjaga,” katanya.

Nur Suriana berkata, pekarangan rumahnya telah ditenggelami air banjir sedalam lebih kurang satu meter pada pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI